#Nahhh!!! hambik kau entri panjang-panjang
Hello ladies~ selamat berpuasa kepada gadis-gadis yang tak puasa penuh.
Ok. Lama sebenarnya tak tulis apa-apa dalam blog ni. Agak sibuk sebenarnya dan aku bukanlah dari kalangan blogger tegar. Tapi takpe. Aku dah dapat satu akal. Mulai hari ini, aku akan taip dulu panjang-panjang kat Microsoft Word, pastu aku akan post kemudian. So, secara tak langsung mungkin aku ada kesempatan untuk menulis ketika makan, minum, berak dan berjimak mungkin.
Entri sebelum ini aku ada buat sedikit intro. Tapi takde kena mengena apa-apa pun dalam entri kali ni. Siapa-siapa yang tunggu tu, aku ucapkan padan muka.
Aku sebenarnya nak sangat bercerita tentang kahwin. Ya, kahwin. Dari 2 minggu lepas hajat aku nak menulis tentang ini. Tapi asyik tertangguh. Mungkin juga sebab bos aku tak bagi sebarang arahan untuk menulis blog di dalam tugas seharian aku.
Ceritanya bermula apabila aku masuk dalam perjumpaan bersama bos baru di pejabat aku ni. Beliau adalah second boss. Tapi aku jangka lambat laun beliau akan jadi big boss jugak sebab big boss aku yang sekarang ni akan bersara tak lama lagi. Bincang punya bincang, masuk pulak bab kahwin ni. Dan antara ramai-ramai, aku lah yang belum kahwin.
Pehh… jenis kutuk tak ingat rupenye bos aku ni ha. Katanya beliau cukup suka mengutuk lelaki-lelaki yang tak kahwin pada usia aku ni. Antara bait-bait kutukan beliau, ada jugak yang tersangkut kat otak aku ni ha. Katanya, “kahwin je dulu…tak payah fikir pasal duit, pasal perbelanjaan, pasal tanggungan selepas kahwin…kahwin dulu, rezeki tu akan datang kemudian…kalau kau tak kahwin sekarang, bukan kau jadi kaya pun.”
Ok, ini antara bait-bait yang melekap di otak aku. Betul kan? Apa yang orang-orang lama katakan memang betul. Kalau fikir logik, kalau kau perhati betul-betul memang ada sedikit sebanyak kebenarannya. Aku tak kata apa-apa. Cukuplah sekadar menyengih dan tersenyum. Tak luak apa-apa pun.
Sebab bukan hal duit yang buatkan aku tak kahwin lagi. Sebab bukan memikir hal perbelanjaan yang jadi halangan aku untuk berumah tangga. Bukan juga sebab aku risau akan tanggungan selepas kahwin. Bukan sama sekali.
Sebabnya mudah. Sebab aku takde makwe lagi. Kahkahkah.
Tapi itu bukan isunya. Bukan aku yang jual mahal. Cumanya hati ini yang nak macam-macam. Hati aku ni yang terlalu terperinci dalam setiap pilihan. Masalahnya hati aku ni jenis yang ‘tiada maaf bagimu’. Ada satu slack memang aku jadi down terus nak mengurat. Jadi, salahkan hati aku.
Tapi yang betul-betul aku rasa adalah sebenarnya aku belum bersedia. Dan jodoh tuhan belum sampai. Kata orang-orang bijak pandai, jangan salahkan jodoh. Jangan salahkan Qada’ dan Qadar. Kita yang kena berusaha ke arah tu.
Contohnya kalau tak kahwin dan tak ade makwe, jangan salahkan jodoh. Tapi kita yang kena berusaha cari. Tu orang yang kata. Oleh yang demikian, sebab yang yang paling tepat mengapa aku maih membujang sampai sekarang ni adalah kerana aku belum bersedia. titik.
Dan bila terkena kutukan tersebut, otak aku dah mula fikir macam-macam. Dah mula khayal jauh-jauh. Tapi secara dasarnya, aku tak kisah langsung pun.
Baru-baru ni aku ade dengar ceramah dari seorang ustad. aku tengok kat youtube je sebenarnya. Pasal haid. Ya, haid. Kalau kau tak tahu apa itu haid, baik kau pergi terjun sungai kelang sekarang.
Nampak macam simple kan? Bila sebut benda tu, kita rasa sebagai lelaki tak payah nak ambik tahu sangat sebab kita tak kena pun. Tapi bila ustad tu cakap, jangan ambil mudah. Hal-hal pasal haid ni, suami-suami yang sepatutnya kena ajar pada isteri mereka.
Haaaa…amacam? Kau rasa kau dah boleh ajar isteri kau bab haid? Macam mana solat tu boleh jadi hukum wajib Qada’ disebabkan haid? Apa hukumnya kalau ceraikan isteri ketika isteri tu haid? Ape jadi kalau darah tu keluar tak berhenti sampai lebih 7 hari? Hahhh? Boleh ke? Kalau kau rasa kau masih belum boleh jawab perkara tu, susah bang.
Ok2 camni. Aku buatkan satu situasi. Tak susah pun nak bayangkan. Sebabnya rata-rata orang sekarang termasuk aku sendiri pun pernah terjebak perkara-perkara macam ni.
#Situasi
Kau dan kekasih kau keluar bersama. Kalau aku, aku lebih selesa berseluar pendek sebab panas. Dan dulu-dulu makwe aku pun lebih suka berpakaian ringkas. Jeans+tshirt biasanya. Dan kau berdua pun berlenggang-lenggang dalam kompleks membeli belah. Pastu tengok wayang. Lepas wayang pegi makan. Sebelum balik singgah mamak dulu. Kalau dalam hal-hal agama ni, memang dah gagal lah sebab sembahyang entah ke mana. Sentuh-sentuh. aurat pun tak tertutup. (aku bukan nak membincangkan tentang hukum hakam atau dosa pahala kat sini. Aku cuma nak kau orang bayangkan dan aku akan relate kan balik situasi ini nanti)
Dan ditakdirkan tuhan, alhamdulillah jodoh kau panjang. Kau kahwin dengan gadis tersebut.
Aku rujuk balik ceramah ustaz tu tadi. Katanya kalau boleh sekali-sekala kau borak-borak lah dengan isteri kau. Tentang agama. Cuba test syahadah isteri kau betul atau pun tidak (Asyadu ke Asy-ha-du bunyinye). Cuba dengar Al-Fatihah isteri kau betul ke tidak bacaannya, tertib atau tidak tajwidnya. Sesekali cuba kau tanyakan tentang rukun solat.
Haaaa…amacam bang? Berbalik pada situasi sebelum kahwin tadi. Kau rasa apa isteri kau akan kata. Dulu kau pun huru-hara, jalan-jalan tak tutup aurat, sembahyang sama-sama tinggal. Bila dah kahwin, ada hati pulak nak ajar bab-bab agama. agak-agak isteri kau pelik tak?.
Tambah buruk lagi bila keluar ayat macam ni. “Darling, mak bapak saya pun tahu bab-bab agama ni. Tak payah lah nak uji-uji saya macam saya ni bodoh sangat. Abang tu pun bukan baik sangat!!!”
Haaaa…amacam? Ada akai ka tadak akai?
Cuba. Aku kata ‘cuba’ kalau kau berani. Bila kau jumpa kawan-kawan lelaki seangkatan dengan kau yang dah kahwin, yang dah ada anak, yang dulu hidup huru-hara macam kau jugak tapi jodohnya sampai awal, kau tanyakan soalan-soalan agama. Yang ringan-ringan lagi elok. Biar berhikmah.
Tanyakan berapa rukun solat, apa anggota-anggota wudhuk dan apa-apa saja soalan yang ringan-ringan tapi wajib tahu.
Kalau berani lah. Dan kalau beliau tak dapat jawab, jangan lah kau gelakkan, tapi kau ajar lah dengan betul. Kongsi sedikit ilmu yang kau ada.
Kadang-kadang aku takut. Bimbang pun ada jugak.
Kalau (ok, aku guna ‘kalau’ di sini) jodoh aku dengan seorang gadis tak bertudung, adakah aku berani untuk suruh beliau bertudung selepas kahwin esok?
Berani ke aku ajak bini aku untuk sembahyang maghrib berjemaah ketika beliau sedang menonton Astro Ria?
Berani ke aku nak ajak bini aku mengaji sama-sama selepas solat?
Pehhh. Goyang bro~ Susah kan?
Alhamdulillah aku ada asas-asas agama sikit. Tak banyak pun tapi cukuplah untuk aku bimbing keluarga aku esok.
p/s : sabar..sabar…ini baru entri aku yang nombor satu pasal bab kahwin ni. kau tunggu yang nombor dua pulak