RSS Feed

Kisah Malam Jumaat #18SX

Posted on

hello ladies~ maaf aku dah lama tak menulis. terlalu sibuk menjaga nama malaysia di mata orang afrika.

ok. malam ni malam jumaat. dan jenaka tipikal orang melayu adalah bila malam jumaat adalah malam yang sunnah untuk berjimak (bagi yang dah berkahwin). malam-malam yang lain tiada pula cerita berjimak walaupun mereka berjimak setiap malam. dan dan je malam jumaat perkara ini menjadi exclusive.

tapi takpe. ni aku bagi satu petua untuk kau orang yang dah kawin tapi tak dapat nikmat berjimak di malam jumaat seperti yang kau selalu hebahkan di pagi jumaat.

aku tau. walaupun aku belum kawin. tapi aku tau. berjimak tak selalunya nikmat. dan pasal nak bagi korang nikmat berjimak dan nak bagi korang rajin bekerja di hari jumaat sebab-dapat-nikmat-jimak-yang-tiada-tolok-banding. korang buat macam ni. tapi make sure yang kau orang dan isteri kau orang tau hukum hakam agama. tau pasal islam. kalau kau orang dan isteri kau orang tak tahu hukum…payah bang.

ok. buat macam ni.

masuk je waktu isyak, kau orang cepat-cepat ajak isteri kau orang sembahyang isyak bersama-sama (jemaah). kau ambik lah air sembahyang. dan kau orang pastikan yang isteri kau orang tahu perkara-perkara yang membatalkan air sembahyang yang salah satunya adalah bersentuhan antara bukan muhrim. kau orang dan isteri kau orang adalah dikira bukan muhrim. paham? kalau tak tahu, baik kau orang pergi mengucap dua kalimah syahadah sekali lagi.

ok. dah ambil air sembahyang, kau orang ambik posisi sebagai imam. dan isteri kau orang adalah makmum. xtau? kalau tak tau, baik kau orang bersiap sedia untuk dibakar.

sebelum angkat takbiratul ihram, kau orang toleh la belakang (isteri kau orang). tengok muka beliau. dan buat-buat terkejut sambil berkata :

kau : alamak!!! batal air sembahyang abang. kejap ye sayang. abang nak ambil air sembahyang semula.

isteri kau : hah??? kenapa??? terkentut ke???

kau : hmmm…tak lah…dah bersentuhan…

isteri kau : hahhhh??? mana ada??? (misti muka beliau konfius…misti punya lah)

kau : ada. hati abang telah tersentuh dengan keayuan wajah ayang (sambil senyum ala-ala Seth Tan)

pastu kau orang pergi ambil air sembahyang sekali lagi dan bersolat lah dengan khusyuk. ingat!!! jangan sesekali berimajinasi jimak ketika solat. tuhan murka. tau???

selepas itu, percayalah. anda akan mendapat jimak yang tip top dan kau orang serta isteri kau orang akan rajin bekerja di hari jumaat sebab-dapat-nikmat-jimak-yang-tiada-tolok-banding.

About chihorence

seorang rakan yang ingin mencari rakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: