hello ladies~
selamat datang tahun 2012. selamat tinggal tahun 2011. tak banyak yang berubah dengan kedatangan tahun baru ni. cumanya sedikit warna-warna hidup yang telah dicoretkan kedalam buku kehidupan aku. chewahh.
tahun 2012 ni, permulaan hidup yang agak baru. pejabat baru di putrajaya. kereta yang baru sembuh dari kecelakaan jalanraya tempoh hari. gaji yang baru. gaya hidup yang kemungkinan akan jadi baru.
ya. perpindahan ke putrajaya sedikit sebanyak mengubah perjalanan hidup kali ini. housemate a.k.a saudara sedarah insyaallah bakal berkahwin. juga dalam tahun ini. rumah di Shah Alam yang tak tahu lagi nasibnya. adakah akan kekal sampai hujung tahun ataupun tidak.
soal hati, masih sama. samar-samar. belum ada yang mampu membuka. kahkahkah. sesungguhnya aku adalah lelaki. lelaki yang makin lama makin berharga. biarlah lambat janji sempurna. biarlah gadis-gadis yang mengejar aku tu tersadung kaki sesama sendiri. hingga sampai satu masa nanti, hanya tinggal seorang saja yang berdiri.
pehhh….
sebenarnya tahun 2012 ni, aku nak jadi penyajak.