RSS Feed

Author Archives: chihorence

hati yang melekit

Posted on

merah berhenti…hijau jalan…merah berhenti…hijau jalan…merah berhenti…hijau jalan

hoiii…senyap lah!!! pegawai JPJ yang dari tadi menjeling ke arah Tasya kini dah tak tahan lagi. tidurnya terganggu mungkin.

Tasya yang terkejut, sedikit bergoyang lantas menyebabkan kereta VIVA milik syarikat lesen memandu itu terhoyong hayang sekejap.

kali ini Tasya senyap.

mentera ‘merah berhenti hijau jalan’ hanya mampu disebut dalam hati.

sambil matanya terkelip-kelip, tak disangka air matanya turut jatuh sebutir demi sebutir.

Pegawai JPJ kembali terpejam. kali ini dengan senyuman.

bersambunglah…cilakak…mana band ni dapat korus yang padu camni. terus aku xselera nak sambung

ku pinang kau dengan bismillah

Posted on

ok. kali ini aku nak cerita sikit tentang komunikasi dengan makhluk berlainan jantina. komunikasi antara lelaki dan wanita. atau komunikasi wanita dengan lelaki. kalau yang pondan atau khunsa, aku belum ada apa-apa untuk dijadikan bahan tulisan. maaf.

biasanya wanita akan bercakap berdasarkan apa yang dikatakan oleh hati mereka. berpandukan hati mereka. ya, ini secara ‘kebiasaan’. bukan satu kemestian. dan aku tak kata pun yang wanita hanya berpandukan hati sahaja bila berkata-kata. jelas kan?

so, biasanya hasil kata-kata wanita itu adalah berdasarkan hati. berdasarkan perasaan. berkisar tentang apa yang dirasakan. kegembiraan akan digambarkan dengan gelak tawa,jeritan, tangisan kegembiraan. kesedihan akan digambarkan dengan ratapan, kesayuan dan tangisan juga. sadis kan?. hingga kadang-kadang melepasi logik akal. hingga kadang-kadang melebihi kemunasabahan. sekali lagi aku tegaskan…”kebiasaan”

manakala lelaki lebih beruntung. sebab mempunyai dua kepala yang boleh dijadikan panduan dalam berkata-kata.

kepala otak. itu yang biasanya dijadikan oleh lelaki. dimana kadang-kadang terlepas untuk memikirkan  perasaan kaum jantina yang lagi satu. kadang-kadang terlalu logik dan berfakta sehingga terlupa kesan terhadap hati manusia lain. tapi ia jelas. ia telus. ia lurus. apa yang bermain di kepala otak, terus diterjemahkan.

selain itu, lelaki juga kerap menggunakan kepala pelir bila berkata-kata dengan kaum yang jantina lain. susunan kata-kata. luahan rasa. semuanya digarap dengan baik demi menjaga kepentingan kepala pelir mereka. sejauh mana perjalanan cerita, sedahsyat mana dugaan sepanjang kisah, akhirnya akan ditamatkan dengan sesuatu yang dapat memuaskan kepala pelir masing-masing.

ahhh…kotey lah…

amacam??? amacam woihhh??? amacamm????

Posted on

sekadar hiasan

 

hari ini aku dalam bilik gelap lagi. untuk kali kedua bulan ini. pedih jugak rusuk kene libas cota. dahi yang koyak ni pun tak berhenti berdarah. aku bukannya sengaja nak mengamuk kat dewan makan tadi. aku bukan sengaja nak tumbuk muka Sudin. maafkan aku Sudin. ni semua sebab warden Jack.

malam semalam warden Jack bagitau. mak aku nak melawat hujung minggu ni. aku takde pilihan. aku terpaksa buat hal. biar aku dibelasah dan dihumban dalam bilik gelap ni. seminggu ke sebulan ke aku x kisah.

ya. memang sakit kene gumpal dengan warden-warden. kalau dah nama warden penjara, mana pernah kisah pasal belas kasihan. peri kemanusiaan apa tah lagi.

tapi, biarlah aku sakit kene belasah. sebab sakit kene belasah ni tak boleh lawan dengan sakit bila tengok mak menangis depan aku….

hahhh…amacam? power tak?…tu baru intro je tu…korang komen lebih sepuluh kali, baru aku sambung…kehkehkeh

menjelang senja

Posted on

hai semua…post ni utk share gamba diwaktu senja je…kehkehkeh…nanti bila ada waktu lapang di pejabat, aku akan share kan sesuatu yeh…

KAHWIN #2

ni satu lagi entri panjang…hambik!!!

salam semua. kali ni aku nak sambung lagi sikit cerita pasal kahwin mengahwin ni. ya, memang aku masih bujang. tapi kebujangan aku tak bermakna aku tak layak atau tak boleh nak bercerita pasal kahwin-kahwin ni. sekurang-kurangnya aku tahu bahawa kahwin itu sedap. memadai lah kan?

ok. aku bercerita berdasarkan logik akal dan pemerhatian. tidak ada menyentuh dalil-dalil atau mana-mana hadis. jadi jangan kaitkan agama dengan apa yang aku akan ceritakan ni.

kali ni aku nak sentuh sikit pasal kahwin dengan hati. ya. agak-agak antara kalian semua yang dah berkahwin, berapa antara kamu yang berkahwin kerana Allah dan dengan niat untuk menyempurnakan agama? ok. aku nampak ramai yang angkat tangan di sini. bagus.

ini ada sedikit kenyataan yang aku pun tak pasti sama ada relevan atau tidak. so, kalau nak jadikan teladan atau sempadan, itu terpulang. dan sekali lagi aku nak jelaskan. ini adalah berdasarkan kepada logik akal aku sahaja sebagai manusia biasa yang hari ni tak pergi sembahyang jumaat sebab terlalu mengantuk n letih sebab bermain futsal 4 jam malam semalam. hina kan?

kahwin kerana mata. ok, kau kahwini suami atau isteri kau sebab mata kau yang hendak. kau tengok pasangan kau ni caaaaaantik dan hensemmmmm sangat. jadinya kau kahwin. dengan harapan kecantikan dan kehenseman pasangan kau akan kekal sampai ke dalam tanah. sudahnya masuk je 5 tahun perkahwinan kau dah jadi bosan.

lagi satu tentang urusan dosa dan pahala. jangan sesekali bertaruh dengan takdir. percayalah, kau akan kalah sebab kau takde kad yang paling kuat untuk ditaruhkan. buku hidup kau tak pernah sedetik pun kau tatap. jadi, jangan bertaruh apa-apa.

contoh; kau tengok bakal bini kau cantik ya amat. macam artis hindu (baca hindustan). tapinya tak bertudung. takpelah, kau nekad jugak untuk kahwin dengan dia. dan sebelum kahwin mak kau dah pesan bahawa dia nak kan menantunya itu menutup aurat. dan kau pun bertekad, 2 tahun kahwin, kau misti berjaya suruh bini kau pakai tudung. dan kau pasti sebagai suami yang mempunyai syurga di telapak kaki, kau akan dapat mencapai misi itu.

ok. aku anggap itu sebagai taruhan perkahwinan. ya, memang kau suami. tapi yakinkah kau bahawa wanita itu dapat terima arahan itu serta merta? mungkin juga beliau ada misi sendiri yang dari remaja beliau dah karangkan sebaiknya. mungkin beliau dah tekad untuk bertudung masa dapat anak kedua. siapa tahu? kan?

pehhh…ofis aku dah gelap…aku terpaksa mengundur diri dulu. nanti aku sambung lagi…cuak siot…cilakak

sebelas ribu

hello ladies~…mintak maaf…abang memang terlalu sibuk kebelakangan ni. maklumlah negara sedang pesat membangun dan menuju ke arah wawasan 2020 sebagai negara maju. kalau abang x keje rajin2, nanti negara x maju….

abang tengok ladies semua makin galak nengok blog abang nih…abang kira2 dah lebih sebelas ribu penengok dah. takpe…pasni abang akan jadi lebih rajin sikit untuk update blog demi ladies semua ya.

tapi papehal, jom kita nengok si jamal nih…layan jugak nengok si jamal ni menggeliat.

satu perkara yang kalian perlu tahu tentang aku. mungkin ianya tak penting. mungkin ianya tak mendatangkan sebarang kesan kepada anda. tapi anda perlu tahu

ubat demam paling mujarab...wachaaa!!!!

aku demam woiiii!!!!!!!!

Selamat Datang 2012

hello ladies~

selamat datang tahun 2012. selamat tinggal tahun 2011. tak banyak yang berubah dengan kedatangan tahun baru ni. cumanya sedikit warna-warna hidup yang telah dicoretkan kedalam buku kehidupan aku. chewahh.

tahun 2012 ni, permulaan hidup yang agak baru. pejabat baru di putrajaya. kereta yang baru sembuh dari kecelakaan jalanraya tempoh hari. gaji yang baru. gaya hidup yang kemungkinan akan jadi baru.

ya. perpindahan ke putrajaya sedikit sebanyak mengubah perjalanan hidup kali ini. housemate a.k.a saudara sedarah insyaallah bakal berkahwin. juga dalam tahun ini. rumah di Shah Alam yang tak tahu lagi nasibnya. adakah akan kekal sampai hujung tahun ataupun tidak.

soal hati, masih sama. samar-samar. belum ada yang mampu membuka. kahkahkah. sesungguhnya aku adalah lelaki. lelaki yang makin lama makin berharga. biarlah lambat janji sempurna. biarlah gadis-gadis yang mengejar aku tu tersadung kaki sesama sendiri. hingga sampai satu masa nanti, hanya tinggal seorang saja yang berdiri.

pehhh….

sebenarnya tahun 2012 ni, aku nak jadi penyajak.

ombak maya karin

bagi aku, filem ombak rindu ni akan jadi lagi bagus kalau scene maya karin berkemban tu bagi nampak lagi real sikit…ini baru pegang2 pipi, dah masuk scene lain…ingat penonton ni x bedebor ke nunggu????hahh!!!

senbenarnya aku dah lama ada mende ni “@azizingadiran”…kalau berani, folo la

ini namanya rejeki

hello ladies~ jangan risau, hanya kenderaan aku yang kemek…tapi alhamdulillah anggota badan serta organ pembiakan aku masih selamat dan sejahtera…ok, orang tua-tua kata “makwe banyak pun tak guna kalau tak membantu”

oleh itu kepada makwe-makwe di luar sana, daripada korang bazirkan duit membeli mekap ataupun henbeg…baiklah korang pakat-pakat kumpul duit derma kat aku…untung-untung boleh la aku beli Golf GTi sebuah…dan boleh lah aku bawak korang semua naik kameren hailen

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.