“Malekkkk!!!!..Malek..Malek..Malek..Malek..Malek” (sila baca berulang2 sambil makin lama makin perlahan…macam bunyi dalam gua)
Makcik Habsah berteriak lagi. memanggil nama anak bujangnya. untuk kesekian kali. dalam sehari.
berdezup malek berlari masuk kedalam rumah. sebelum apa2 terjadi, malek perlu pantas dalam hal2 sebegini.
“woiii!!!! malek bodoh!!!…” Tina yang sedari tadi asyik bermain masak-masak dan sedang melakonkan watak wanita solehah serta merta menyinga angkara Malek.
ya. Malek telah tersepak kuali Tina. didalamnya Tina sedang mereneh rumput-rumput dan bunga kertas yang konon-kononnya bakal menjadi hidangan Tina untuk suaminya yang bakal pulang dari kerja. dan kuali Tina terbalik. tunggang langgang. macam larian Malek juga.
“gol!!!” Suhaimi pula berteriak dari jauh. dari awal permainan Suhaimi hanya mampu menjadi penyepak bola. sebab Malek tak bolos-bolos dan mereka tak boleh bertukar posisi selagi Suhaimi tak dapat membolosi gol Malek.
mereka sedang bermain sapa-gol-jadi-keeper. alang-alang Malek meninggalkan gol nya begitu saja, apa salahnya Suhaimi menjaringkan gol. naik kebas-kebas jugak kaki Suhaimi gara-gara asyik menyepak bola sedari awal.
***
“tratt..tat..tat..tat..bruuuppp..tat..tat” seakan-akan bunyi M-16. banyak intipati nasihat yang dihamburkan oleh Makcik Habsah. tapi entah kenapa hanya bunyian begitu yang didengar oleh Malek.
sama ada gegendang Malek memang bermasalah atau Malek memang dilahirkan kreatif. ya. kreatif menukarkan bebelan ibu kepada bunyian 3D.
***
“zriippp” sepantas kilat zip seluar direntap ke bawah. 3 saat kemudian, bergulung sepasang seluar dan baju melayu terkelepet di atas lantai. baju melayu biru tua. baju melayu untuk di pakai di pagi raya.
tapi Malek dah pakai untuk main bola. dan bukan untuk kali pertama. sebab tu lah Makcik Habsah meroyan di dapur. kalau dihitung, dah masuk 4 kali dia terpaksa menyental baju melayu si Malek.
bersambunglah…
p/s: menonton siri House season 6 episod 16. aku terkelip2. bila subtitle menunjukkan ayat
“we never really did have a proper goodbye….”











