-
aku tengah
-
kejar
-
menatang ni.
-
sapa2 boleh
-
bagitau aku
-
kat mana
-
aku boleh
-
beli menatang ni?
Category Archives: bola-bola bulat
aku rasa world cup 2010…dah tak ‘world’
world cup datang lagi. kali ini untuk edisi 2010. mamak-mamak semuanya dah terbayang nak tukar kereta selepas ni. tak kurang juga mamak yang dah beli tiket balik negeri. silap-silap kahwin lagi satu.
mula saja world cup, semua orang jadi tak tentu arah. yang tak pernah-pernah berjaga malam, kali ini sanggup melangut depan TV sampai pagi. tak kurang juga yang dah booking cuti awal-awal untuk tengok semua game world cup kononnya.
yang wanita pun tak kurang hebat. masing-masing dah ada negara pilihan sendiri. mana-mana negara yang ada player hensem, yang tu jadi pilihan utama. secara tiba-tiba dah pandai sebut perkataan offside, defensive midfielder, zonal marking, one by one dan macam-macam lagi istilah yang aku pun kadang-kadang tak pernah dengar.
aku bukan anti wanita. aku tak pernah pun benci mana-mana wanita yang menonton bolasepak. malah aku sayang semua wanita yang minat bolasepak. tapi tak payah la poser kak long oiii..rilek2 je. tak payah sampai nak tepuk-tepuk meja. nak tepuk-tepuk dahi. tak payah nak jerit-jerit bengang kat pengadil. diorang takkan dengar punya.
kepada lelaki-lelaki budiman pun, kalau kekasih anda tak minat bola, tak payah la paksa-paksa bawak ke kedai mamak sampai tersengguk-sengguk kekasih korang tu. kalau diorang nak ikut pun, tak payah bawak kalau dah tau kekasih anda tak minat bola. kesian…
aku? dah takde feel sangat untuk world cup kali ni. teringat lagi 4 tahun lepas, aku bergabung tenaga dengan warga NTV7 untuk siarkan world cup 2006 Germany. siap duduk Genting Highlands seminggu.
tapi sekarang? hambar. aku lagi rela tidur dari berjaga tengok world cup. komitmen aku pada kerja. dah macam tak boleh dikacau langsung. sudahnya aku melepaskan world cup 2010. sedih jugak bila ingat-ingat balik. dulu selambe je. siap mintak mak aku kejutkan pukul 3 pagi sebab nak tengok Champions League.
tapi brader sorang ni memang sempoi.dah lama jugak aku perhati. sejak menang AFC Champions League dengan Gamba Osaka.
takpela kalau aku tak dapat tumpukan 100% untuk world cup 2010. asalkan aku tak payah pergi kedai mamak, bersesak-sesak, berembun sampai pagi sebab nak tunjuk kat orang lain yang aku minat bola..pigi daaa
p/s: ade sesuatu yang perlu aku selesaikan dan ianya memang ‘perlu’ diselesaikan…haiihhh
“hello tok ketua..belikan aku lens 70-200mm bley?”
cuti 6 hari aku abiskan kat kampung je. hari ahad tu ade plak orang main bola. futsal padang hape ntah name pertandingan tu. pagi aku datang jadi penyokong je. dengan cuaca panas2 pedih skarang ni memang aku xkan join pertandingan2 outdoor camni..huhu..petang tu aku datang bawak kamera. sume datang dekat ngan aku..tibe2 sume orang nak kawan plak ngan aku sebab aku bawak kamera besar. siap ade urusetia datang mintak tolong aku amik gambar YB..ngam2 YB posing nak bergambar, aku pun blah..huhu
























gamba ni je aku edit cantik2 sikit sebab ade muke aku..huhh
nasib baik padang kecik..main 5 sebelah je..so cukupla ngan Tamron 17-50mm aku..tak payah tele2 pun takpe. aku duduk sebelah padang tu xde sape pun berani marah..huhu..
p/s: Alhamdulillah…ape2 jadi sebelum ni, sekarang mahupun akan datang, aku akan sentiasa bersyukur
Alhamdulillah. semoga tangan aku ni tak putus2 menadah dan berharap…
walau jersi aku xde tulis Carlsberg, tapi hati aku tetap Liverpool….
1 lagi weekend yang aku habiskan kat kampung. petang sabtu, abis keje aku terus cargas balik kampung. niat hati nak amik gambar sunset kat lombong belakang tapi aku batalkan sebab sekarang ni cuaca tak boleh diduga. buatnya hujan tengah jalan, payah jugak aku nak berteduh sambil bawak kamera..huhu
aktiviti yang terbaik adalah layan bola simen. ala2 futsal tapi main atas padang simen yang pada asalnya court bola tampar. ketua kampung aku sekolah tak tinggi kot sebab tu die buat court tu. die tak berapa tau yang orang melayu mane nak sangat main bola tampar. sudahnya budak2 buat tiang gol, tukar jadi court bola. dan seperti yang dijangka, aku masuk dan hanya keluar bile dengar azan maghrib sebab team aku asyik menang je x keluar2.. takut jugak kalau budak2 baru abis sekolah yang selalu main kat situ merusuh sebab aku tak keluar2..huhu
malam. aku lepak dengan pakcik makcik aku kat umah nenek. cukup time, aku keluar kedai depan sebab nak tengok game Man U. aku sampai2 diorang tengah layan game Liverpool vs Stoke City. aku tengok ade pakcik aku tengah layan gak dengan anak die. anak die yang pakai baju Arsenal tu dah berdengkur atas kerusi. bosan agaknya tengok game tu..huhu.
full time, Liverpool 1-1 Stoke City gol last2 minit gak. pakcik aku muke ketat. lagi2 dengan budak2 MU ngan Chelsea yang menyalak2 kat belakang. nasib baik die dah tua, kalau tak mau senget kepala budak tu dikerjakan..tiba-tiba “siall!!!gampang!! kenapa Liverpool tak kalah? kalau kalah kan senang, cepat sikit Rafa Banitez kene pecat!!” sorang abang pakai baju Liverpool tapi xde logo menjerit kat belakang..aku ngan pakcik aku diam je buat tak reti. dalam hati aku, mungkin ini strategi baru fan Liverpool kot. x larat nak tahan kutukan orang lain, last2 mintak team kalah pulak..kehkehkeh
p/s: tetibe makcik aku bisik sambil usap2 kepala aku, die cakap “lawa…bibik (makcik) dah tengok kat Facebook..bile?”..huishhhh..dunia siber punye pasal
formula kejayaan pasukan merah liberpul
si kacak: ape cerita brader? kalah lagi dengan Fulham plak tu
si cecep: aaahh..yang penting kitorang dah menang dengan Manchester United
si kacak: laaa..tu kan minggu lepas pnye game
si cecep: takpela..tu kan sejarah dan team kitorang memang ‘proud’ dengan sejarah..
orang malaysia pertama dapat main ngan MU

tapi..macam biasela..melayu mudah lupa. name pun tibe2 tukar jadi name orang putih. tak paham betul aku..huhh
p/s: seronok fan liverpool mase kalahkan MU tak abis2 sampai hari ni walaupun mereka dah kalah banyak kali dengan team2 felda dan veteran Melaka..
jamal!!! (dalam bahasa Chenta) ataupun bahasa melayu kontemporari majal!!!
“apakah aku yang salah…atau hanya helah saja”
(Faizal Tahir)
minggu ni majal sikit. semua team2 aku menghampakan. yang terbaik hanya Real Madrid dan Arsenal yang seri. Manchester United bungkus, Everton hampeh. perlukah aku berhenti dari tengok bola supaya team2 ni menang?

gambar ni kat Anfield mase Everton vs Liverpool. kat sebelah ni kenalan aku fan Liverpool. asal dari kepulauan Timor Leste katenye..
p/s: tekanan kerja kadangkala membuatkan aku terfikir untuk membuat satu tindakan drastik untuk mengubah hidup…idea untuk masuk AF macam best je.kehkehkeh
seorang lagi makhluk tuhan yang berakal
hari-hari yang hambar. harap sabar menempuhinya. dan kerana kehambaran hari-hari aku, D80 kesayangan aku pun rase macam terabai je sikit. hehe..akibat kebosanan tahap dewa, aku pun layan YouTube.
beberapa hari yang lepas, aku memang ade planning nak tukar name kat Pejabat Pendaftaran. rase macam name Mohammad Azizi tu macam dah tak ‘cool’ je. so aku pun planning nak tukar name kepada Andres Iniesta bin Ngadiran. selepas aku Google kat beberapa website, baru aku tau maksud name Andres Iniesta tu adalah “kejujuran dan kecantikan”..kehkehkeh..
Iniesta ni merupakan seorang lagi makhluk berakal yang aku nampak bakal jadi maestro dalam bolasepak. kenapa aku kate makhluk berakal?? same seperti entri bola sebelum ni gak. bagi aku, bolasepak bukan hanye bergantung kepada kepantasan, kekuatan ataupun kelajuan ala2 Ronaldo. otak pun kene gune jugak you allsss!!hehe.
rilek je mamat ni control bola. agak2 ade orang nak kacau, die pas kat member die balik. agak 2 tak boleh dribble, due pusing balik kebelakang. main bola sebelas orang dan ade 10 lagi yang boleh tolong kite. main bola boleh pusing 360 darjah, bukan asyik nak kedepan je..esok2 kalau anak aku main bola, aku nak suruh main macam Iniesta nih. sape2 yang ade hati nak ikut gaye Ronaldo, memang aku ikat kat pokok cempedak!!
p/s: niat di hati..mau K..tapi pikir2 balik..belum ade D pulak..hehe
bila hero dah kembali..
cakap banyak pun tak gune..apa hal 3 game berturut-turut die ni score??..mula2 lawan Espanyol, dapat sebijik..aku ingatkan gol tak sengaja..pastu Champions League lawan FC Zurich dapat lagi sebijik..time tu aku dah sikit2 keliru..pastu lawan Xerez, dapat lagi sebijik..sah!!..memang sah!!..hero aku dah kembali..haha

p/s: berkira-kira jersi kali ni nak cop name Guti lagi atau tak..ahhaiii
pasukan merah

seperti biasa, balik keje aku akan lepak-lepak depan pc surf internet. malam ni aku macam takde ape nak surf dalam internet. nak upload gambar pun, takde stok yang menarik. mula-mula aku download lagu ‘Bercanda Dipasiran Pantai’ nyanyian Sudirman & Anita Sarawak, layan betul lagu ni.
lepas tu aku pun masuk blog, klik-klik kat link yang agak menarik. sampai satu page ni, aku ternampak sesuatu yang sangat mengagumkan. sepantas kilat aku download dan paste kat page aku pulak.hehe..dan kepada sesiapa yang anti kepada pasukan merah yang “takkan membiarkan anda jalan berseorangan” korang boleh la buat jugak ape yang aku buat ni. hehe.
semoga season 2009/2010 ni memberi sedikit harapan dan kejayaan kepada pasukan merah ni. sebab apa aku kata ‘sedikit’..sebab season ni langsung takde. kesian kat fan yang sungguh fanatik dengan pasukan merah mereka itu. nampaknya mereka akan tetap dibayangi oleh kisah-kisah kejayaan silam yang mungkin dah berkulat tu..
p/s: minta maaf banyak-banyak kepada fan pasukan merah. tetapi ego anda-anda semua terlalu tinggi.
USA cuba bermain api
kemenangan pertama team aku Itali dalam kempen Piala Konfederasi 2009. walaupun ketinggalan 1-0 kehadiran dua ROSSI telah menghasilkan 3 gol yang berharga. kesudahannya Itali menang bergaya 3-1. mintak maafla kepada penyokong USA. jangan sekali-sekali bermain dengan api..hehe


