RSS Feed

Category Archives: fotografi

aku mau jual kamera woi!!!

Posted on

kawin??? next question plsss…

Posted on

ni kawan baik aku. Pais namanya. dia baru kawin. senyum sampai telinga. bilik pun sudah pasang aircond. nasib baik tok kadi tak banyak soal. dia hafal ayat-ayat dalam kereta. aku jadi tukang dengar. sekarang dia dah ada bini. dia cakap lepas ni dia nak jogging pagi-pagi.

p/s: siapa cakap perkataan “gemuk” aku lempang…mau???

haiwan-haiwan yang dipanggil kawan-kawan

Posted on
cikgu : murid-murid…kita manusia dari golongan haiwan apa?
murid-murid : mamalia cikgu!!!!!!
cikgu: mamalia beranak atau bertelur?
murid-murid : beranak cikgu!!!!!
atan : cikgu…jadi saya ni bukan manusia mamalia ke?
cikgu : kenapa atan?
atan : sebab saya ‘bertelur’
cikgu : kepala hotak kamu la!!!!

orang cakap “kawan sampai mati…” ni orang cakap. bukan aku yang cakap. bagi aku biar telanjang, biar tergolek, biar pengsan, biar pitam, biar gastrik, biar apendik, biar ganja, biar gam…kawan jugak yang setia.

weekend lepas aku habiskan masa dengan kawan-kawan yang aku suka. kawan-kawan yang kadang-kadang macam haiwan. kawan-kawan yang selalu sawan. nasib baik kawan-kawan ni tak kencing dalam cawan.

siapa-siapa pun yang pernah aku kenal, akan aku anggap kawan. sungguh. aku takkan bohong pasal perkara ini.sedih, sesak, susah, senang, gembira, tergoda, merana…apa-apa yang kamu, kamu dan kamu pernah buat kepada aku, kamu tetap kawan. jangan risau. tiada setitik dosa pun antara kau dan aku. dan aku harap kamu pun begitu juga.

seseorang pernah bertanya “ehh…tu ex u ke? lawa la ex u? kenapa u break dengan ex u?“…

aku menjawab dengan sopan “ex??? i takde ex pun…yang u tengok tu best fren i…

jawapan itu disusuli dengan jurus tumit ke pangkal hidung. sambil mengelap darah yang meleleh dari pangkal hidungnya, seseorang itu sempat berkata dengan nada kesal “owhhh…i see


p/s: nama band ni “HaPPy FamILy“. band ni band indie baru nak up. sesiapa yang teringin nak rosakkan majlis kahwin saudara mara, kawan-kawan, ataupun ibubapa tiri, bolehlah hubungi aku. jangan risau, kami tetap akan makan di majlis anda kalau dipelawa.

hari riang ria keluarga merebus telur bersama-sama

Posted on

gambar-gambar ni dah sebulan lebih dalam HD aku. ade jugak beberapa sahabat yang bertanya tentang gambar-gambar ni. kejadian riang gembira ni berlaku semasa Hari Keluarga Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. lokasi kejadian Sungkai Perak. best ke tak? entah…sebab aku belum berkeluarga. tapi yang aku pasti orang-orang senior kata, nak ‘membuat’ keluarga tu best. orang-orang senior yang kata…

aku tengok, semua rakan-rakan aku tak kira yang dah berkeluarga ataupun yang sedang angan-angan nak berkeluarga begitu seronok dan santai. actually aku pun rasa seronok ikut serta mende ni.

gambar-gambar ni antara yang terakhir antara aku dengan Cik Tamron. aku akan simpan sampai bila-bila

hari kedua, semua orang bersuka ria bermandi manda. aku? tenang merebus telur dalam kolam air panas…ada yang masak dan ada yang “tak masak-masak”.

p/s : kalau ada hari keluarga lagi, aku nak karaoke pulak…aku x pedulik

the only easy day is yesterday

Posted on

hari ini takkan mungkin sama dengan semalam. hari ini juga tak pernah wujud seperti hari esok.

hari ini ada yang bergembira. tak kurang juga yang sedang bersedih.

hari ini ramai yang menemui harapan dan ada yang masih mengharap. ramai juga yang sudah putus harap dan tahniah kepada mereka yang mendapat apa yang diharapkan.

hari ini mungkin ada yang sedang berpusu-pusu menghadiri temuduga dan berdebar-debar menunggu keputusannya. tapi hari ini juga mungkin ada yang baru mendapat kerja. tak kurang juga yang ponteng kerja. malang nasib mereka yang hari ini diberhentikan kerja.

hari ini mungkin ada yang baru berkasih. ada juga yang kasihnya berakhir. tahniah untuk mereka yang menyambut hari ulangtahun berkasih.

ya…semuanya berlaku hari ini. hari esok tiada siapa yang tahu.

hari ini ramai yang makan seperti apa yang diinginkan. jangan disisih mereka yang hari ini masuk 15 hari menahan lapar. malang nasib mereka yang perlu berhenti makan hari ini.

pelbagai cerita, pelbagai kejadian, pelbagai kemungkinan yang terjadi, yang berlaku, dan yang baru dirancang hari ini.

hari ini, aku letih. aku baru balik dari Kuching dan perlu berfikir untuk ke Kemaman pula hujung minggu. aduhh..siksa.

hari ini aku berkhayal. khayalan yang sungguh cilakak.

aku berkhayal ketika menaip blog ini. alangkah bahagia seandainya bila aku menoleh ke belakang, menoleh ke atas katil dan aku terpandang sesusuk tubuh halus mulus, terpandang si Hawa yang tercipta buat sang Adam.

ya…khayalan ini sesungguhnya lagi cilakak daripada perangai mengorek hidung dan gentel2 dengan jari sebelum menjentik ke tempat tersembunyi.

hari ini aku terbayang, ketika aku menoleh kebelakang, menoleh ke arah katil empukku, mataku bertentang dengan seorang wanita yang sedang terbaring, mengiring, sebelah tangan menongkat kepala dan sebelah lagi sedang menepuk-nepuk manja si anak kecil yang baru terlelap.

hari ini aku terbayang ketika aku menjeling manja ke arah wanita itu, lantas aku pun mengenyitkan mata, secara automatik, tanpa sepatah kata untuk berhubung, wanita manja itu hanya mengangkat tangan, menunjukkan ibu jari (tanda bagus) lalu berkelip dengan mata yang sangat layu dan sayup.

hari ini aku terbayang, aku pun terus memadamkan lampu dan……..cilakak!!!!

kenapa kena ada 50ribu baru boleh kahwin??? demmm!!!

ini ada sikit gambar yang aku bawak dari Kuching. Alhamdulillah, merasa jugak aku naik kapal terbang. paling power bila time nak take off . dia punya pegi memang lain macam. melekat kejap badan kat seat tu.

p/s: sekarang ni masa agak kurang mengizinkan aku untuk habiskan cerita Si Halim tu. tak best pulak kalau cerita tu  tergantung je…huhu

hati aku dah ada yang punya

Posted on

dah agak lama aku tak update blog. dulu tiap-tiap hari aku akan update. sekarang baru terlepas 3 hari rasa macam lama je. tak banyak yang aku boleh tulis sekarang. baru lepas siapkan slide untuk meeting di ofis esok pagi dan esok petang. sambil-sambil tu aku upload gambar. laju pulak P1W1max ni. baru ingat nak potong. cilakak betul.

ini antara gambar-gambar yang aku ambik haritu kat I City. tak best mana pun tempat tu. cuma sebab dekat dengan rumah aku. tu yang aku pegi sana. tak payah nak buang duit pegi jauh-jauh.

minggu depan aku kena pergi Kuching. kena naik kapal terbang. takut jugak aku ni.huhu.

p/s: kepada Cik Nurul Ain. kalau kau baca ni…”papehal hadap je..jangan lupa tutup hidung…hahaha”

misi 2 in 1 yang hmmmm…

Posted on

100410 hari sabtu. ade 2 misi yang perlu aku selesaikan hari tu. tapi 1 je yang kesampaian. 1 lagi tu biar yang tau je tau.

1 misi adalah Fashion & Urban Street Outing (FUSO) by Peveyhack & team. 1st outing untuk aku semenjak membeli kamera. best, seronok, teruja, nervous, excited dan complicated. pengalaman pertama aku. bekerja dengan model plak tu. memang aku la yang paling belakang. aku kan pemalu.

brader Kerul Shukor siap sound aku “weh..ko direct la model tu. dah bayar bro..”

aku just “heheheee…”..sori bro. 1st time. aku memang xpandai langsung nak direct2 ni. kesian pun ade kat model tuh. 10 kepala direct die buat tu buat ni. next time aku join lagi. aku direct habis2an..

ni antara gambar-gambar yang dihasilkan. dan aku ‘ter’pegang lens sorang brader ni 17-55mm f2.8. dia bagitau aku “5 ribu je ni bro..beli kat Amcorp Mall”

terus sesak nafas aku. aku nak cari 5 ribu gak pasni. nak beli lens tu.harammm…

p/s: susah beb nak direct2 orang buat itu buat ini..ya..susah!!

Fida & Nazimi

Posted on

sebulan lebih aku peram gambar ni. sebab pertama, aku bukan PRO pun. so, memang xde hal la kalau lambat upload. sebab kedua, proses penukaran kerjaya membuatkan aku agak sibuk dan xde banyak masa untuk buat kerja2 camni. sebab ketiga, prestasi P1W1max yang memang memerlukan penghinaan, carutan dan makian dahsyat dari aku.

so, malam tadi baru aku boleh upload sikit gambar. tu pun x boleh post dan terpaksalah aku menggunakan jasa baik internet di pejabat untuk aku terustkan entry ni.

untuk majlis ni, aku hanya membantu abang yusmi (ofismate maybank) untuk jadi 2nd fotografer. seronok jugak masa ni walaupun balik tu rasa macam nak flat je. dan masa ni jugak aku disuruh jadi pemandu untuk videografer. 1st time bawak kete orang, waja manual plak tu. pengalaman yang sangat menggerunkan dan baru aku sedar yang signal kete waja kat sebelah kiri. hampehh

apa pun, tahniah untuk Puan Fida & Tuan Nazimi. mereka adalah anggota polis yang sangat hensem dan ayu. semoga berkekalan sehingga akhir hayat.

Fida & Nazimi intro

Posted on

prestasi P1W1max agak menghampakan buat masa ni. so aku tak dapat nak update sangat untuk gamba2 terbaru. ditambah lagi dengan persediaan alam pekerjaan yang baru.

intro untuk majlis resepsi Puan Fida dan Tuan Nazimi yang berlangsung pada 13/3/2010 bertempat di PULAPOL. aku hanya menemani OP Abang Yusmi. pengalaman terawal untuk wedding photography.

bagi aku, perkara paling mencabar time ni adalah semasa menjadi “driver” untuk videografer. tak pasal2 kene drive Waja. manual plak tu..huhh

“hello tok ketua..belikan aku lens 70-200mm bley?”

cuti 6 hari aku abiskan kat kampung je. hari ahad tu ade plak orang main bola. futsal padang hape ntah name pertandingan tu. pagi aku datang jadi penyokong je. dengan cuaca panas2 pedih skarang ni memang aku xkan join pertandingan2 outdoor camni..huhu..petang tu aku datang bawak kamera. sume datang dekat ngan aku..tibe2 sume orang nak kawan plak ngan aku sebab aku bawak kamera besar. siap ade urusetia datang mintak tolong aku amik gambar YB..ngam2 YB posing nak bergambar, aku pun blah..huhu

gamba ni je aku edit cantik2 sikit sebab ade muke aku..huhh

nasib baik padang kecik..main 5 sebelah je..so cukupla ngan Tamron 17-50mm aku..tak payah tele2 pun takpe. aku duduk sebelah padang tu xde sape pun berani marah..huhu..

p/s: Alhamdulillah…ape2 jadi sebelum ni, sekarang mahupun akan datang, aku akan sentiasa bersyukur
Alhamdulillah. semoga tangan aku ni tak putus2 menadah dan berharap…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.