30/3/2010 hari terakhir aku bekerja di Maybank. terima kasih semua kawan-kawan. kita akan kawan sampai bila2. selain jawab call, hari2 terakhir di ofis aku habiskan untuk mendapatkan nasihat dan pendapat kawan2 tentang jalan yang aku pilih ni.
antara kata2 bos aku, “i’m sure that u’ll be an outstanding person in ur own way”..pujian gak tu. lama jugak aku fikir ayat2 bos aku tu dan aku memang tak nafikan kebenarannya. Insyaallah dan doakanlah aku baik2 saja.
pada pendapat aku (ulang sekali lagi “pada pendapat aku” ) menjadi seorang yang outstanding ni tak susah mane pun. lagi2 untuk orang yang banyak duit. so secara tak langsung mereka merupakan orang yang “outstanding” secara luaran. biar aku jelaskan macam mana pandangan aku terhadap frasa outstanding ni dan bagaimana aku bezakan kehidupan aku dengan orang2 yang aku anggap outstanding.
ini adalah pandangan aku berdasarkan pengalaman hidup aku saja. kalau korang ada anggapan yang lain, terpulang. aku tak memerlukan pembelaan mahupun dakwaan ok.
Zaman tadika
zaman kanak-kanak aku normal. sama dengan kebanyakan kanak2 yang lain. cuma aku masuk tadika awal sikit. masa umur 4 tahun sebab makcik aku masa tu jadi pembantu kat tadika tu. so nak taknak aku kena ikut dia. takde yang outstanding pun zaman tadika ni. takde mainan canggih yang aku boleh tunjuk ngan kawan2. takde celebrate birthday dengan kawan2 tadika. masa tu kalau dapat bawak kek ada tulis nama, pastu potong depan kawan2 memang outstanding habis. ok, tu pendapat aku.
aku hanya rasa outstanding sekali saja bila aku dapat jadi pelajar tadika terbaik. dapat naik pentas amik hadiah pinggan ngan piala.
Zaman sekolah rendah
masuk zaman sekolah rendah, sama jugak. takde pape yang outstanding pun. pakaian aku mak aku yang pilih. kasut pun abah aku yang beli. kat sekolah aku masuk kelas, belajar, rehat, sambung belajar, balik. takde pun aktif2 sangat. setakat masuk pertandingan bercerita ngan nasyid tu ada la. tu pun tak se-outstanding mana. aku lebih suka rilek2. taknak menonjol sangat. main bola pun pakai boot kain. xmampu nak beli boot berjenama sebab aku bukan wakil sekolah pun.
cukuplah bagi aku bila tiap2 tahun dapat nombor satu dalam kelas. sedikit sebanyak dapat tambah stok pinggan mangkuk kat umah aku. tu pun UPSR aku tak berapa cun dan tak outstanding.
Zaman sekolah menengah
zaman menyeronokkan dalam hidup aku. tapi seperti biasa takde apa pun yang outstanding selama 5 tahun aku bersekolah menengah. aku tak outstanding macam kawan2 aku yang pakai kasut mahal seluar tempah baju kain licin dan songkok tinggi, yang dah ade awek takpun kakak angkat seawal form 1 lagi, yang dah bawak moto time form 4, yang berani pukul budak2 sekolah lain dan macam2 lagi perkara yang aku anggap aku tak boleh nak buat atau tunjuk sebab aku tak se-outstanding diorang. paling2 power pun aku tunjuk jari tengah kat budak2 sekolah rendah yang tengah tunggu bas.
aku tak berani nak ngurat awek sebab aku tak outstanding. kawan2 aku yang outstanding dah pandai dating time ni. dah pandai tengok wayang. dah pandai lepak Klang time hujung minggu.
Zaman universiti
Zaman ni pun aku tak oustanding. orang lain mak abah hantar naik kereta besar, ade yang dah drive sendiri. tapi aku naik teksi. dressing pun tak hebat. zaman ni lah banyak perkara 1st time yang aku buat dan aku catat dalam perjalanan hidup aku. 1st time makan McDonald, 1st time tengok wayang (cite final destination 2 kalau x silap aku), 1st time pegi Midvalley n KLCC, 1st time ada orang suka kat aku, 1st time dating, 1st time gayut henfon sampai telinga panas..huhhh banyak sangat kalau nak tulis.
kat dalam kelas pun aku biasa2 je. kawan pun dengan orang yang biasa2 je tapi mereka outstanding gak kadang2. hidup aku tak se-outstanding mereka2 yang clubbing di hujung minggu, yang boring2 sikit terus naik Genting, yang naik kereta besar sambil pakai spek itam, yang main sukan2 extreme, yang pandai main muzik dan ada band sendiri, yang cakap campur2 bahasa orang putih, yang ade kabel kuat mintak tolong buat assignment, yang jemput artis2 untuk buat projek diorang. pada aku itu outstanding ok?
Zaman kerja
kerja aku pun tak berapa nak outstanding. dari pengemas bilik, waiter, security pasaraya terus kepada penjawab telefon. pada aku biasa je. tak outstanding macam kawan2 aku yang keje TV, yang muka masuk TV selalu, yang jadi wartawan, yang keje deal ngan mat salleh, yang keje sikit pastu g overseas. semua tu outstanding bagi aku (aku ulang lagi “bagi aku”)
dalam ofis pun aku tak outstanding. cukuplah aku dapat pegi keje dan balik dengan selamat. cukup bulan dapat gaji. tak se-outstanding kawan2 yang hangout lepak bangsar atau hartamas lepas keje, yang pegi trip jauh-jauh bile ada cuti panjang, yang dressing mahal2 (baju+seluar+kasut+aksesori lain = boleh buat downpayment motor aku). mereka ni cukup outstanding.
tapi ape pun aku bersyukur sangat2..Alhamdulillah. 26 tahun aku hidup, nikmatnya sungguh tak ternilai. aku tak kisah pun kalau aku tak outstanding. janji aku sihat, aku ada famili aku, aku boleh pegi keje dan balik dengan aman sambil hujung bulan dapat rezeki halal tu pun dah cukup buat masa ni.
aku ada cara aku sendiri untuk jadi outstanding. dan biarlah mereka yang betul2 kenal aku je dapat rasa yang aku ni outstanding.
tapi sesekali aku teringin jugak nak jadi outstanding. contohnya bende alah kat bawah ni. memang dah lama aku cari. last week baru jumpa. rasa outstanding je bile letak tali kasut merah ni.haha.
untuk Chenta, if u berminat dengan benda yang cool ni, just tell me. i’ll get it for you.





kepada pengunjung blog aku, terima kasih banyak2. lebih2 lagi yang sudi membaca apa yang aku tulis. kalau anda suka, silakan. aku tak pernah halang sesiapa untuk membaca.
tapi aku harap korang ambiklah apa yang dirasakan baik dan tinggallah apa yang tak baik. aku tak perlukan pembelaan dan aku tak mintak pun korang mengadili sesiapa. bukan itu tujuan aku tulis blog ni.
kalau (harap anda faham maksud kalau) ada sesiapa yang terasa apa yang aku maksudkan, aku harap korang hentikan ok. kami dah cukup gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang. cerita kami biarlah kami saja yang hadap dan semuanya kami anggap sebagai kenangan terindah dalam hidup. kami takkan pernah bermusuh dan berjauhan walau apa sekali pun hasutan atau godaan yang datang.
selagi anda tak pernah nampak atau bayangkan macam mana aku makan megi kari sambil pakai boxer, selagi anda tak pernah nampak atau bayangkan macam mana Chenta tersengih nampak gigi taring terlebih, selagi korang tak tau apa itu 12 souls, tak perlulah anda mengulas apa2 tentang kami. sebab kami tahu kawan2 terdekat memang takkan memburukkan keadaan malah mereka selalu mendoakan kami.
dan anda harus tahu, orang yang anda burukkan tu mungkin satu hari bakal jadi isteri aku, orang itu adalah antara kawan baik aku. takpun ingatlah bahawa orang yang anda burukkan tu adalah saudara aku dan anda juga atas dasar agama. dan aku takkan pernah suka orang lain memburukkan orang yang mungkin satu hari bakal jadi isteri aku, kawan baik aku dan saudara seagamaku.
aku tak perlu pembelaan. aku tak mahu diadili. sebab anda bukan yang Maha Adil.
tapi kalau anda rasa itu akan membuatkan anda bahagia, aku tak dapat menghalang. tapi aku takut bahagia tu kat dunia ni saja. kalau anda tak rasa sakit kalau lidah anda tergigit, maka teruskanlah niat anda tu sebab nanti kat “sana” lidah tu bukan setakat digigit, malah anda akan gunting-gunting. dan ianya sakit tau tak?
p/s: medical checkup, akuan bersumpah, beli baju kemeja putih, ambik gambar pakai blazer, servis moto…banyak gile mende nak buat sekarang ni. sampai aku tak boleh tido..demm!!