RSS Feed

Category Archives: YANG AKU TAHU

KAHWIN #2

ni satu lagi entri panjang…hambik!!!

salam semua. kali ni aku nak sambung lagi sikit cerita pasal kahwin mengahwin ni. ya, memang aku masih bujang. tapi kebujangan aku tak bermakna aku tak layak atau tak boleh nak bercerita pasal kahwin-kahwin ni. sekurang-kurangnya aku tahu bahawa kahwin itu sedap. memadai lah kan?

ok. aku bercerita berdasarkan logik akal dan pemerhatian. tidak ada menyentuh dalil-dalil atau mana-mana hadis. jadi jangan kaitkan agama dengan apa yang aku akan ceritakan ni.

kali ni aku nak sentuh sikit pasal kahwin dengan hati. ya. agak-agak antara kalian semua yang dah berkahwin, berapa antara kamu yang berkahwin kerana Allah dan dengan niat untuk menyempurnakan agama? ok. aku nampak ramai yang angkat tangan di sini. bagus.

ini ada sedikit kenyataan yang aku pun tak pasti sama ada relevan atau tidak. so, kalau nak jadikan teladan atau sempadan, itu terpulang. dan sekali lagi aku nak jelaskan. ini adalah berdasarkan kepada logik akal aku sahaja sebagai manusia biasa yang hari ni tak pergi sembahyang jumaat sebab terlalu mengantuk n letih sebab bermain futsal 4 jam malam semalam. hina kan?

kahwin kerana mata. ok, kau kahwini suami atau isteri kau sebab mata kau yang hendak. kau tengok pasangan kau ni caaaaaantik dan hensemmmmm sangat. jadinya kau kahwin. dengan harapan kecantikan dan kehenseman pasangan kau akan kekal sampai ke dalam tanah. sudahnya masuk je 5 tahun perkahwinan kau dah jadi bosan.

lagi satu tentang urusan dosa dan pahala. jangan sesekali bertaruh dengan takdir. percayalah, kau akan kalah sebab kau takde kad yang paling kuat untuk ditaruhkan. buku hidup kau tak pernah sedetik pun kau tatap. jadi, jangan bertaruh apa-apa.

contoh; kau tengok bakal bini kau cantik ya amat. macam artis hindu (baca hindustan). tapinya tak bertudung. takpelah, kau nekad jugak untuk kahwin dengan dia. dan sebelum kahwin mak kau dah pesan bahawa dia nak kan menantunya itu menutup aurat. dan kau pun bertekad, 2 tahun kahwin, kau misti berjaya suruh bini kau pakai tudung. dan kau pasti sebagai suami yang mempunyai syurga di telapak kaki, kau akan dapat mencapai misi itu.

ok. aku anggap itu sebagai taruhan perkahwinan. ya, memang kau suami. tapi yakinkah kau bahawa wanita itu dapat terima arahan itu serta merta? mungkin juga beliau ada misi sendiri yang dari remaja beliau dah karangkan sebaiknya. mungkin beliau dah tekad untuk bertudung masa dapat anak kedua. siapa tahu? kan?

pehhh…ofis aku dah gelap…aku terpaksa mengundur diri dulu. nanti aku sambung lagi…cuak siot…cilakak

YANG AKU TAHU ep.3 : Air Tebu Berg

Posted on

“hai Adi..Zaza kat ofis. sori malam tadi dah tido..have a gud day..kang pape Zaza sms lagi..bye” SMS masuk. kali ni memang dari orang yang ditunggu2. tapi hati Adi sikit goyang dengan perkataan “bye” tu. tak pernah2 wujud dalam kamus perbendaharaan kata SMS mereka berdua.

“Zaza, u ok kan? anything let me know k?” Adi membalas SMS. ringkas tapi penuh dengan harapan agar dia tahu apa yang terjadi di pihak wanita.

henfon terus senyap..tiada SMS lagi dari Zaza seperti yang diharapkan. panggilan tak dijawab. mungkin Zaza sibuk..bisik Adi menyedapkan hati sendiri sambil menghadap monitor komputer.

terpampang jelas wajah Zaza sedang mengunyah pisang. gambar yang diambil ketika mereka bercuti di Tioman.

tiba2 datang penyesalan bila Adi teringat peristiwa memboncengkan Asha pagi tadi. memang kelemahan Adi, tidak pandai dan tidak tahu untuk mengatakan “tidak”, “tak boleh”, “tak mahu” mahupun “tak nak”. seingat Adi, sepanjang umur hidupnya hanya beberapa kali dia berkata sedemikian.

sekali tu apabila datuknya iaitu Tok Amin menyuruh Adi berkhatan beramai2 di dewan sekolah, lagi sekali bila bapa Adi menyuruh Adi menjual skuter Gilera nya, dan kali terakhir bila Zaza cuba memujuknya untuk membeli jersi pasukan Liverpool.

terasa begitu teruk sekali perkara itu. Adi tak sanggup melukakan hati orang yang disayangi hanya sebab wanita lain.

ya..memang betul, dulu Adi memang kaki perempuan. dengan Gilera lamanya Adi mengangkut gadis2 ke sana dan ke mari dari timur pegi utara, patah balik ke selatan dan berhenti di barat. berbekalkan skuter Gilera itu juga Adi mengenali erti berfoya2.

pernah sekali Elly, gadis 18 tahun dari Selayang menjadi mangsa Adi. bukan mangsa seksual tetapi mangsa kekejaman Adi terhadap gadis2. Elly ditinggalkan di stesen minyak atas alasan mulutnya berbau. tiada istilah cinta, sayang, kasih, mahupun rindu pada ketika itu.

tapi semua itu berubah bila Adi mengenali Zaza. Gilera kesayangannya dijual kerana tak sanggup hendak menyamakan Zaza dengan gadis2 lain yang pernah membonceng skuter itu. Adi makin banyak beralah dengan apa yang diminta dan diucapkan Zaza.

air mata Adi pun dah pandai menitis apabila diuji dengan masalah diantara mereka. Adi banyak berubah. hidupnya kini diatur untuk masa depan. dan inilah kali pertama Adi mengenali apa itu wanita dan cinta.

Adi memang tak pernah bercinta. bagi Adi, pengalaman pertama atau silibus terawal tentang pelajaran cinta sejati adalah bila Adi berkawan dengan Berg. pada ketika itu, Adi membantu Berg berniaga air tebu di kampung. Berg jugalah yang bertanggungjawab mengajar Adi tentang harapan dan kesetiaan.

bersambung…

Yang Aku Tahu ep.2 : persetubuhan

Dari jauh kelihatan Asha melambai-lambai di depan kedai Jimmy. Nampak sangat girang dan ceria Asha bila ternampak Adi menuju kearahnya. Namun Adi tetap hambar. Takde perasaan langsung. Otaknya masih ligat memikirkan Zaza yang langsung tak dapat dihubungi.

“morning Adi..breakfast jom”..Asha kelihatan gembira sekali menyapa Adi sambil memakai helmet. Dulu pernah sekali Asha mengada-ngada mintak Adi pakaikan helmet tapi menyesal apabila Adi merosakkan rambutnya dan itulah pertama dan terakhir Asha minta sedemikian. Ternyata trick Adi berjaya.

“its ok..i ade appointment with Ms Clary pukul 9 nanti. Die nak tunjuk sample wine..” seperti biasa Adi menolak sebaik mungkin. Kerjaya sebagai pegawai pemasaran di sebuah hotel memang tak dapat lari dari appointment. Walaupun appointment yang dimaksudkan tu adalah untuk minggu depan, tapi Adi yakin yang Asha akan percaya.

“alaaa..xkan la breakfast kejap pun xboleh. I xbreakfast lagi ni..temankan la plisss” jangkaan Adi lari jauh. Tak pernah Asha mendesak tahap kedua camni.

Adi cool. Tak bersetuju dan tidak juga menolak. Fokusnya hanya pada Zaza. Skuter putih memecut laju dicelah-celah kereta yang bersesak-sesak. Sesekali terasa kaki Asha mengepit sebab takut tergesel dengan kereta.

Mengimbas kembali detik perkenalan Asha dan Adi. Mereka adalah pekerja di sebuah hotel 5 bintang. Adi sebagai pegawai pemasaran dan Asha sebagai ketua front desk. Satu ketika Adi dan kawan2 pernah memanggil Asha “cengkerik” sebab dia memakai kebaya ketat dan jeans ke pejabat.

Perkenalan mereka tidak seperti perkenalan dengan rakan sekerja yang lain. Asha merupakan antara gadis pujaan di situ. Perkenalan mereka bermula bila Asha tiba-tiba bertanya kat Adi “mengapa lelaki tak setia?”..Adi yang sedang menikmati roti bakar di kafe waktu tu terus menjawab dengan bersahaja “lelaki hanya setia pada yang layak” sambil meninggalkan Asha terpinga-pinga.

Lepas detik tu, Asha pun mula mendekati Adi. Adi memang tak pernah heran langsung sebab hatinya hanya pada Zaza. Hidupnya hanya ada Zaza.

Mereka dah sampai ke ofis. 15 minit dari kedai Jimmy ke ofis dan 15 minit jugalah Asha tak henti-henti mengajak Adi ke kafe. Jam ditangan baru pukul 8.30. menyesal pulak Adi cakap appointment pukul 9

“jomm..teman la I. I blanje u teh tarik”..masuk kali ni mungkin dah 28 kali Adi dengar perkataan “jomm” tu.

Otak Adi kosong. Jantungnya kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Tapi yang Adi pelik, kenapa kakinya melangkah ke arah kafe. Hampehhh..

Sambil duduk dihujung sudut kafe, Adi membelek-belek henfon. Semua SMS yang dihantar kepada Zaza masih “pending”. Nak call, muak pulak Adi nak dengar suara mesin operator tu lagi. Lain la kalau mesin tu boleh bertindak balas kalau Adi mencarut.

Asha datang tersengih-sengih dengan sepinggan bihun keras dan 2 cawan teh tarik. “kite share bihun ni eh?” cadangan yang dirasakan menarik oleh Asha.

”its ok..i da makan tadi. Nenek buat nasik lemak”. Cepat2 Adi menolak dengan alasan yang agak kukuh. Padahal nenek Adi hanya goreng pisang je pagi tadi. Teh tarik berasap cepat2 dihirup. Rasanya tetap sama..hambar…

Mulut Asha tak henti2. Kejap mengunyah, kejap membebel, kejap bercerita, kejap bertanya. Tapi semuanya tak berapa kedengaran bagi Adi sebab otaknya bingung.

Khayalan Adi terhenti bila terdengar soalan cepu emas ala2 soalan TERJAH dari Asha. ”U ngan Zaza ok ke x? Nampak macam ade problem je?”

“ehh..xde la..everything ok je..kitorang heppi..need to go..almost 9 dah ni.”  Cepat-cepat Adi meninggalkan Asha sebelum ditanya dengan lebih banyak soalan2 maut.

Dari jauh kelihatan mulut Asha bergerak-gerak. Adi tahu gerakan itu bukan sebab Asha mengunyah bihun tetapi sebab membebel bengang ditinggalkan lagi.

Bersambung…

Yang Aku Tahu ep.1 : tipu sikit-sikit VS sikit-sikit tipu

“hitaaammm…woohhoooo” Adi menjerit sambil tersenyum bangga..sesekali jelingan yang lebih kepada ejekan di lontarkan kearah Mike.

“sialll…” jelingan Adi dibalas dengan carutan dari Mike yang sedang menunggu di penjuru meja. bola hitam perlahan-lahan dikeluarkan dan diletakkan semula ke tempat asalnya.

malam ni luck Adi menjadi-jadi. 3 frame semua berjaya deselesaikan dengan jayanya dan 3 kali juga Mike ke kaunter untuk membayar. masuk frame keempat, muka Mike mula berubah. mulutnya tak henti-henti menyalahkan cue, lampu tak terang dan kadang-kadang matanya terkelip-kelip konon2 pedih.

Adi seperti biasa tetap tenang menghadapi karenah Mike yang sudah sebati dengannya. kadang2 Adi pun terpaksa berbuat demikian juga ketika permainannya merudum. Adi, Mike dan snuker memang akan menimbulkan ghairah. mereka seperti bersaudara bila tiba hal snuker. kemana-mana pun akan sentiasa bersama asalkan untuk snuker. pernah sekali mereka hampir dilanggar lori sayur akibat masuk jalan sehala di Subang. itupun sebab mereka teringin nak main snuker di kedai Ah Seng.

sedang asyik menonjol bola, tiba-tiba Adi seolah terganggu. henfon dikoceknya segera dikeluarkan. Mike yang dari tadi muram, kembali tersengih sebab dia tahu yang konsentrasi Adi terganggu.

“adi…watpe tu..zaza need u”..kelihatan terpampang di henfon Adi. SMS dari kekasihnya yang mesra dengan panggilan Zaza..

henfon disimpan. mata Adi kembali menumpukan bola merah jambu di atas meja. SMS tidak berjawab. beberapa saat kemudian, henfon bergetar. Adi terhenti lagi.

sweetheart ;p” terpacul di skrin henfon. Adi masukkan semula henfon kedalam kocek seluar pendek khakis. getaran berulang 3 kali. Adi tetap tidak mempedulikan. dia hanya ingin menghabiskan sisa-sisa bola di atas meja sebelum kembali kepada Zaza.

“last frame ahh..kekasih dah rindu ni Mike” Adi bersuara dan dia amat yakin yang Mike sangat faham dengannya.

“taik ahh..ko baya last frame ni. baru dapat SMS sikit dah kacau” Mike mula membebel tapi sedikitpun dia tak heran dengan apa yang terjadi. Adi sudah dianggap seperti saudara kandung. Mike memang faham betul dengan Adi.

didalam kereta jari Adi begitu ligat menaip SMS kepada Zaza sambil sesekali matanya disepetkan sebab pedih terkena asap rokok dibibirnya. setakat ini 3 SMS tidak berbalas.

“sori zaza. adi kat luar tadi tengok TV. hp kat dalam bilik tengah cas. memang tak perasan. adi nak sembahyang jap. kang adi call balik” antara petikan SMS dari Adi. memang jelas menipu tetapi bagi Adi, itu yang terbaik. sayang Adi kepada Zaza begitu dalam. tak sanggup rasanya Adi hendak berterus terang mengatakan dia bermain snuker. tak berhati perut pulak rasanya kalau Adi mengabaikan orang yang paling dia sayang hanya sebab snuker. tapi itulah hakikat. kadang2 Adi memang terpaksa berbuat demikian. minatnya terhadap snuker terpaksa di bantutkan kadangkala atas sebab sayangnya pada Zaza.

sampai dirumah, Adi terus menelefon Zaza. mengikut perkiraan Adi, jarak perjalanan dia dan Mike dari kedai snuker kerumah, lebih kurang sama dengan masa yang diambil untuk sembahyang Isyak.

panggilan pertama tiada jawapan. begitu juga yang kedua dan ketiga. 5 minit kemudian, panggilan keempat menyusul dan jawapan yang diterima adalah dari mesin operator. Adi mula resah.

“zaza, adi mintak sori sangat2..bukan adi xnak jwb ur call or sms. adi xsedar langsung tadi. kalau zaza da tido xpela..nite2 dear”. Adi menghantar SMS sekali lagi. henfon diletakkan diatas meja dan Adi pun baring diatas katil sambil menunggu penuh debaran.

khayalan Adi terhenti, henfonnya bergetar diiringi ringtone lagu Jamal Abdillah. Adi bingkas bangun namun diletakkan semula henfon itu diatas meja apabila nama yang keluar di skrin henfon adalah “asha ofis“..

henfon Adi berbunyi lagi..kali ini SMS masuk. cepat2 Adi bukak SMS tersebut. “hi there..esok i nak tumpang u g ofis bleh? kete i nk anta kat kedai Jimmy..so u pickup i kat kedai Jimmy trus..plsss” SMS dari pada Asha. teman sepejabat dengan Adi. memang dari mula Adi bekerja dipejabat baru, Asha selalu cuba untuk memikatnya dengan selalu jugakla Adi akan tolak dengan cara yang paling lembut. dan sekali lagi Asha mengujinya.

bukannya Asha tak tau yang Adi hanya menaiki skuter VS125..kaler putih plak tu. so, secara tidak langsung Adi pun jadi serba salah. nak tolak, orang dah mintak tolong..nak diikutkan permintaan Asha, payah pulak jadinya nanti.

SMS masuk lagi. “ok, u snyap. consider jadi..i tunggu depan kedai Jimmy esok pagi“..Adi terkedu dan terus menelefon Zaza..jawapannya tetap sama. mesin operator

bersambung…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.