RSS Feed

pelajaran #2

Posted on

Apakah tanda-tanda rohani sihat atau sakit? Antara tanda-tandanya adalah terasa malas untuk solat, apatah lagi hendak membaca al-Quran. Untuk belajar al-Quran, alasannya tiada masa. Antara tanda lain bagi penyakit rohani ini adalah sifat malas, tiada semangat untuk melakukan amal soleh, rasa dengki, ego, tamak, sombong, rasa diri hebat (ujub), selalu berfikiran negatif dan selalu stress
(You Are The Best, Dr Mohd Shafie Md Amin)

mintak maaf kepada cik rohani dan puan rohani…ini bukan untuk anda ye

pelajaran

Posted on

Beza antara Pahala dan Dosa

Al-Nawwas bin Sam’an melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, “Kebaikan adalah peribadi yang terpuji, dosa adalah apa yang bergelut dalam hati sedangkan saudara tidak mahu orang lain mengetahuinya.”

Wabisah bin Ma’bad melaporkan, “Saya pernah datang bertemu Rasulullah. Kemudian baginda bertanya kepada saya, “Saudara datang ini, hendak bertanya berkaitan kebaikankah?” Saya menjawab “Benar”. Lantas baginda berkata, “Tanyalah hati saudara. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati saudara berasa tenang. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan perkara yang saudara rasakan itu. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah perkara yang apabila saudara lakukan, jiwa saudara tidak tenang dan saudara berasa teragak-agak dan risau di dalam hati. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan apa yang saudara rasakan itu”

nahhh…kasi baca sikit tuuu…jangan asyik nak layan facebook je…tau?

malam malam kepala gatal kerana udang

Posted on

Kata Waris “baik poie mampuih…dari susahan sumuo oghanggg”

sesak

Posted on

assalamualaikum dan hello ladies~

jari aku kembali gatal untuk menaip kat sini. dah lama jugak aku malas nak tulis apa-apa kat sini…

banyak kali jugak aku nak tulis tapi tak jadi tulis, nak tulis tapi tak jadi tulis, nak tulis tapi tak jadi tulis…

tapi hari ni, aku cuba untuk tulis jugak…aku tak pasti, ada lagi atau tidak orang yang rajin nak baca blog nih…

aku tengah sesak…sesak memikirkan masa depan…ya, memang perkara tu salah…tapi adat manusia, kadang kala tewas dengan saitan…

aku memang perlu bersabar…ya, sabar…dah jatuh tahap wajib untuk bersabar…sebab kalau aku tak sabar, akan berderailah segala-galanya…dan itu lah yang paaaaling aku takut…berderai

setiap orang ada masalah…ada masa susah, ada masa senang…masa senang kita ketawa, masa susah kita menangis…

ada 1001 cara nak hadap hidup nih…dan ada 10000001 cara nak hadap masalah…

aku? dah sampai tahap terakhir… mengadu, meminta, dan berserah pada Allah

sebab aku tahu, Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan…

jadi, aku harap…siapa-siapa yang baca blog ni, cuba lah untuk buat perkara yang sama…aku tak paksa…tapi, cuba lah

Allah la satu-satunya dan sebaik-baik tempat mengadu…untuk segala macam masalah

sakit hati, jiwa kacau, kepala kusut, runsing, risau, bimbang, hati tak tenteram, hati nak pecah, jiwa bergolak….semua itu, kau cubalah channel kan ke jalan Allah…

Allah akan menguji hamba-hamba yang Dia sayang

sebab Allah nak kita balik semula kepadaNya dan tak mahu kita terus jauh dan jauh

ok, kita cuba ya?

Rahsia Allah

Posted on

Alhamdulillah…lama jugak aku da tak jenguk blog nih…syukur tuhan masih bagi peluang dan ruang utk aku menulis sikit.

Aku sebenarnya dah lama nak menulis pasal perkara ni…tapi takde masa yg benar2 terluang + takde kekuatan pon ye jugak…

Macam ni lah…siapa2 yang ada asas agama pon tahu yang manusia ni hanya mampu merancang, Allah yang menentukan…Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha Mengetahui…

Aku bukan nak berbual hal agama…cumanya aku nak kongsi sikit cerita…yelah, mana tau org yang paling aku sayang, berkesempatan utk baca blog ni…ya, u lah orgnya

Kita sbg manusia ni memang macam macam yang kita nak…macam macam yang kita plan…macam macam yang kita hendak…semuanya sedap sedap, manis manis, seronok seronok belaka…

Tapi kita lupa, siapa yang akan menentukan…siapa yang akan meluluskan rancangan kita tu

Maka, tawakkal adalah jalan terbaik…tu bagi aku lah…aku dah rancang, aku dah plan, aku dah usaha 360 darjah…kini tiba masanya aku berdoa, doa dan terus doa moga moga Allah makbulkan apa yang aku pohon tu…

Mungkin ada sebabnya atas apa yg berlaku sekarang…mungkin Allah nak ajar aku untuk bersabar dan terus bersabar…

Mungkin Allah nak bagi dia masa untuk betul betul bukak hatinya…

Mungkin Allah nak tunjuk lagi dan lagi…compare lah dari semua sudut…Allah kan Maha Bijaksana…kalau dengan meng”compare” tu, hati dia lagi redha dan terbuka untuk aku…mana lah tau kan

Jadi, aku akan terus berdoa…insyaAllah tak putus putus…

Kita jangan sungguh sungguh menggali rahsia Allah…sampai masanya, Allah akan bagitau juga

Cuma doa tu lah yang jadi ubat…jangan sesekali letak Dia kat belakang

Semoga kita akan terus tabah~

Yang kali ni memang agak berat jugak…

Posted on

[1]
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
[2]
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
[3]
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

doaku padaMu tuhan

Posted on

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku